GEMPAR!! PBM tanding 2 kerusi bandar di Johor

Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding dua kerusi di kawasan bandar dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor bulan depan.

Ketua Penerangannya, Zakaria Abdul Hamid berkata, parti itu sudah menggerakkan satu pasukan turun padang untuk “menilai kerusi dan calon berpotensi”.

“Kami mahu bertanding di kawasan bandar kerana kami adalah parti berbilang bangsa,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Zakaria dalam kenyataan berkata, PBM akan mengumumkan kerusi yang ditandingi dan nama calon sebelum hari penamaan calon pada 26 Feb ini.

Katanya, PRN Johor adalah medan terbaik untuk parti itu memperkenalkan “Agenda The Great Reset 2030” yang terdiri daripada enam tunjang utama.

Ia termasuk mengeratkan perpaduan antara kaum, meningkatkan penglibatan golongan muda, memperkasakan peranan wanita, pembangunan ekonomi negara, menjana perkembangan sains & teknologi serta peningkatan kualiti pendidikan.

“Kami berharap dapat memberi saingan sihat kepada parti politik lain yang bertanding dalam PRN kali ini,” katanya.

PBM diketuai Ahli Parlimen Julau yang juga bekas Ketua PKR Sarawak, Larry Sng.

PRN Johor akan diadakan 12 Mac ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.

PBM tanding 2 kerusi bandar di Johor

Terkini

Berita Berkaitan