Maszlee Malik dijadual mengumumkan peletakan jawatannya selepas bertemu Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri petang ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Januari, 2020.
MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik dijangka akan mengumumkan letak jawatan dari Jemaah Menteri hari ini, kata sumber, sekali gus membuka jalan kepada rombakan Kabinet ketika Pakatan Harapan (PH) terus bergelut meraih keyakinan rakyat sejak mengambil alih Putrajaya 20 bulan lalu.Beliau dijadual mengumumkan peletakan jawatannya petang ini, selepas mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri.