GEMPAR!! Malu dituduh syirik, Raja Bomoh mahu saman JAIPk RM300 juta

Ibrahim Mat Zin atau lebih dikenali sebagai Raja Bomoh mahu menyaman Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sebanyak RM300 juta kerana dimalukan dan dituduh syirik.

Ia susulan ritual tolak musibah banjir yang di lakukannya di Teluk Intan kelmarin.

“Apabila dituduh syirik, saya malu, apabila saya dimalukan, saya akan saman. Saya bukan bomoh tepi jalan atau bomoh kampung, sepatutnya perkara ini kita bincang dahulu,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Ibrahim berkata, beliau telah berbincang dengan peguam untuk menyaman malu kepada pihak-pihak yang menuduhnya demikian.

Ibrahim memberitahu, dia sedia dipanggil Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berhubung ritual tolak musibah banjir yang dilakukannya di sini kelmarin.

Bagaimanapun, setakat ini beliau belum dihubungi oleh JAIPk untuk memberi penjelasan mengenai ritual yang dilakukannya itu.

“Saya kesal kerana JAIPk terus menjatuhkan hukum bahawa perbuatannya itu bercanggah dengan ajaran Islam.

“Saya memang tunggu dia (JAIPk) panggil saya. Tapi kenapa dia (JAIPk) jatuh hukum awal-awal mengatakan ini (ritual) syirik, khurafat, bolehkah macam itu?

“Sepatutnya jumpa saya, berbincang dan beritahu perbuatan ini salah, (JAIPk) mencegahnya, jadi saya boleh minta maaf (atas) kesilapan saya, tapi awal-awal lagi sudah kata ini syirik, khurafat,” katanya.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis di sini semalam mengenai ritual yang dijalankannya itu.

Katanya, dalam laporannya, beliau menyatakan ritualnya itu tidak mengaitkan atau mengkritik mana-mana pihak.

“Dalam laporan polis yang saya buat, saya menyatakan upacara yang saya lakukan itu tidak mencaci mana-mana pihak,” katanya.

Jelasnya, beliau melakukan ritual menolak banjir menggunakan petua orang dahulu kala, yang merupakan ikhtiar untuk menjauhkan musibah banjir di sini berikutan beberapa negeri dilanda banjir besar baru-baru ini.

“Memang dahulu pejabat agama arahkan saya tak boleh buat ritual, betullah tu, tapi apabila saya tengok banjir sudah melanda, saya sebagai pengamal perubatan tradisional membuat usaha saya secara tradisional menggunakan petua orang dahulu kala,” katanya.

Semalam, JAIPk berkata akan membuka kertas siasatan terhadap Ibrahim berkaitan upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam di Dataran JPS di Teluk Intan.

Upacara itu tular dalam media sosial semalam menerusi video berdurasi 25 minit yang memperlihatkan Ibrahim melakukan upacara dipercayai menolak musibah banjir bersama seorang wanita.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin berkata, perbuatan dua individu tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam.

Malu dituduh syirik, Raja Bomoh mahu saman JAIPk RM300 juta

Terkini

Berita Berkaitan