GEMPAR!! Ku Li, veteran UMNO bincang tubuh semula UMNO lama

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li mengadakan mesyuarat dengan beberapa veteran UMNO hari ini sebagai hasrat menghidupkan semula UMNO yang diisytiharkan tidak sah sebelum ini oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988.

Memetik laporan MalaysiaKini, beliau berkata, ini kerana pihaknya merasakan UMNO yang baharu ini sudah hilang taring dan mungkin sukar menghadapi pilihan raya.

“Hasrat kami untuk menghidupkan semula adalah agar Melayu kembali bersatu. UMNO sekarang pecah.

“Keadaan sudah berlainan, jadi, kita harap dapat ajak semua pihak bersama mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mesyuarat itu.

Mesyuarat yang diadakan di kediamannya di Kuala Lumpur bermula 3.30 petang tadi turut dihadiri beberapa pemimpin dari kalangan Pemuda UMNO.

Antara veteran yang hadir adalah Tan Sri Khalid Yunus, Tan Sri Dr. Suleiman Mohamed dan Datuk Zainal Abidin Zin.

Menurut bekas Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu, UMNO yang ada kini adalah parti yang ditubuhkan pada tahun 1988, manakala yang dibincangkan adalah berkenaan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 yang didakwa telah diharamkan.

“UMNO tak pernah diharam, padahal, UMNO tidak pernah melanggar undang-undang persekutuan. Didakwa sebagai membatalkan pendaftaran sebenarnya tak pernah berlaku.

“Kami sudah membuat beberapa mesyuarat sebelum ini. Sambutannya sangat menggalakkan. Kami akan membuat beberapa kajian sebelum menghidupkan semula UMNO lama,” katanya.

21 September lepas, Veteran UMNO itu pernah merancang untuk menghidupkan kembali UMNO lama yang diharamkan ketika era pentadbiran pertama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. – UTUSAN ONLINE

Ku Li, veteran UMNO bincang tubuh semula UMNO lama

Terkini

Berita Berkaitan