Saturday, September 23, 2023

Gempar!! Kerajaan DAP mampu tunaikan manifesto PRU14 kata Kit Siang

Bekas Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, mendakwa DAP akan menunaikan semua janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sekiranya parti itu secara bersendiri membentuk kerajaan persekutuan.

Dalam sidang media, di sini, veteran DAP itu mengakui banyak pengundi kecewa dengan pentadbiran 22 bulan PH ketika mentadbir di Putrajaya, dengan beliau sendiri turut tidak gembira dengan prestasi parti berkenaan ketika mereka berkuasa.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Iskandar Putri, menegaskan tidak adil menghakimi kerajaan PH berdasarkan tempoh 22 bulan sahaja sebelum kerajaan dibentuk itu runtuh, selepas mengambil kira mandat mentadbir adalah lima tahun, selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Selain tempoh singkat memerintah, Lim menjelaskan, alasan lain menjurus penangguhan menunaikan janji manifesto susulan PH dianggotai empat parti berlainan ketika itu, merangkumi DAP, PKR, Amanah dan Bersatu.

“DAP antara empat parti politik dalam PH, jadi kami perlu menyakinkan parti anggota lain. Namun, timbul tentangan dalam dasar kerajaan dengan ikrar pilihan raya.

“Jika ia adalah kerajaan bersendirian ditadbir DAP, kami sudah tentu menunaikannya,” katanya.

Mengulas berhubung kelulusan pindaan perlembagaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), semalam, Lim berkata, Ahli Parlimen kerajaan ‘semuanya bersorak’ pada 1976 selepas Dewan Rakyat meluluskan pindaan sebelum ini, yang menarik beberapa hak Sarawak.

“45 tahun lalu, seramai 130 Ahli Parlimen menyokong pindaan itu, dengan hanya sembilan sahaja menolak. Kesemua sembilan Ahli Parlimen adalah daripada DAP.

“DAP dituduh sebagai pihak luar, parti Semenanjung tidak boleh dipercayai dan tidak memahami masalah rakyat Sarawak. Namun, pada 1976, kami menjaga kepentingan Sarawak, berbanding pimpinan kerajaan Sarawak gagal menjaga rakyatnya sendiri.”

Katanya, pimpinan kerajaan Sarawak tidak akan mampu menjuarai hak Sarawak sekiranya tidak disebabkan kemenangan PH pada PRU14, di mana pentadbiran Barisan Nasional (BN) secara sementara jatuh daripada puncak kuasa.

Selepas kekalahan BN pada PRU14, empat komponen parti BN Sarawak meninggalkan gabungan itu untuk membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Berkaitan