Gempar!! Individu lengkap vaksin dapat kelonggaran tertentu – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan individu yang lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan memperoleh ‘keistimewaan’ melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka.

Beliau berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) diminta untuk mempertimbangkan pergerakan individu lengkap divaksinasi dengan memberi kelonggaran dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran.

“Ini untuk menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan Covid-19, kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali semula seperti masa lepas.

“Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu, hanya sehingga akhir tahun,” katanya selepas meninjau pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya.

Program itu turut disiarkan secara langsung menerusi program Selamat Pagi Malaysia di Radio Televisyen Malaysia pagi tadi.

Dalam tinjauan itu, Perdana Menteri menerima sumbangan bernilai RM16 juta daripada lima syarikat korporat untuk menjayakan program Bakul Prihatin Negara iaitu inisiatif terbaharu cetusan idea beliau sendiri bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Syarikat berkenaan ialah Yayasan Petronas dengan sumbangan bernilai RM5 juta, AEON Big (RM4 juta), Pharmaniaga (RM3 juta), Tenaga Nasional Berhad (RM2 juta) dan Telekom Malaysia (RM2 juta). -K! ONLINE

Individu lengkap vaksin dapat kelonggaran tertentu – PM

Terkini

Berita Berkaitan