Thursday, February 2, 2023

Terkini!! Akaun Bersatu dibeku SPRM,

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Panas!! Seorang Timbalan Menteri digugurkan dari kabinet

Seorang timbalan menteri digugurkan dari kabinet. :...

Gempar! Gadis hilang diselamatkan, tiga individu diberkas polis

KUALA LUMPUR – Seorang gadis remaja yang hilang selepas keluar dari rumah inap desa di Taman Salak Maju, Sepang  Ahad lalu  berjaya diselamatkan polis di sebuah kondominium yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah membuat serbuan pertama di kondominium terbabit sebelum  menahan dua individu tempatan terdiri seorang lelaki berusia 19 tahun dan perempuan berusia 18 tahun.

Katanya, pemeriksaan lanjut di kondominium yang diduduki kedua-dua suspek polis juga berjaya menemui dan menyelamatkan mangsa Salsabila Putri Md Nasir, 13, yang dicari sejak 25 Disember lalu.

“Susulan tangkapan pertama itu, pada hari yang sama kira-kira pukul 9.30 malam, polis telah membuat satu lagi serbuan sebelum  memberkas seorang lagi lelaki tempatan berusia 21 tahun di sebuah pusat beli-belah di Seksyen 13, Shah Alam.

“Pemeriksaan lanjut polis ke atas suspek ketiga itu berjaya merampas tiga telefon bimbit, dua helai baju, dua helai seluar, dua topi keledar serta sebuah motosikal jenis Yamaha R15 warna hitam yang disyaki digunakan semasa kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Kamarul, semakan lanjut ke atas kesemua suspek mendapati mereka tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Hasil soal siasat awal terhadap kedua-dua suspek lelaki itu mengaku terlibat dalam kes melarikan mangsa (Salsabila).

“Kedua-dua suspek mengaku menaiki motosikal ke rumah inap desa di Sepang untuk bertemu dengan mangsa.

“Kemudian, siasatan lanjut juga mendapati salah seorang daripada suspek itu adalah teman lelaki kepada mangsa dan membawa keluar gadis (mangsa) itu dari kawasan Sepang dengan menaiki kenderaan e-hailing,” ujarnya.

Tegas Wan Kamarul lagi, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan.

Pada Isnin, Wan Kamarul Azran dalam satu kenyataan mengesahkan mengenai kehilangan Salsabila Putri di sebuah rumah inap di Taman Salak Maju.

Kehilangan mangsa hanya disedari abang kandungnya yang kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dilihat keluar dari inap desa yang disewa bersama keluarganya dengan menaiki motosikal seorang lelaki tidak dikenali. – MalaysiaGazette

Berkaitan