Gempar! Dr Siti Hasmah kongsi situasi cemas, Dr Mahathir hampir jatuh

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjelaskan tindakannya yang pernah menghalang orang ramai untuk mendekati tokoh itu adalah demi keselamatan suaminya.

Memberi contoh ketika pasangan itu menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 baru-baru ini, Dr Siti Hasmah memaklumkan, keterujaan orang ramai yang mahu bergambar bersama suaminya menyebabkan Dr Mahathir hampir hilang imbangan badan dan mungkin terjatuh.

“Cemas saya melihat keadaan suami ketika itu. Orang lain tidak tahu sebab mereka tiada dalam keadaan seperti saya sebagai isteri. Saya risau akan pulang dengan van jenazah.

“(Sebab itu) Kadang-kadang saya halang orang datang dekat (dengan Dr Mahathir), jangan bersalam, jangan peluk, jangan selfie. Jadi saya perlu merayu kepada rakyat, bantu saya untuk jaga suami saya sebab ramai masyarakat nampak Dr Mahathir (masih) gagah, tetapi tiada siapa tengok bila dia balik petang.

“Saya tengok dia letih, mata dah kecil nak tidur, itu orang tak tahu. Dia mesti berehat, saya kena jaga, kalau saya ada terkasar sikit (kepada orang ramai), saya minta maaf,” katanya dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.

Dr Siti Hasmah ketika program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk 'Permata Hati Negara' yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.
Dr Siti Hasmah ketika program Mak Untuk Malaysia (MUM) bertajuk ‘Permata Hati Negara’ yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Isnin.

 

Sementara itu ketika ditanya mengenai kesediaan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, Dr Siti Hasmah berpandangan tempoh setahun sudah memadai bagi tokoh itu memimpin negara.

“Kalau rakyat mahukan dia jadi Perdana Menteri, dia rela tetapi hanya untuk setahun, selepas itu masyarakat mesti tahu yang dia (Dr Mahathir) dah umur 97 tahun.

https://www.sinarharian.com.my/article/226379/berita/nasional/dr-siti-hasmah-kongsi-situasi-cemas-dr-mahathir-hampir-jatuh

Terkini

Berita Berkaitan