GEMPAR! Asalnya PAS mahu bertanding 11 kerusi, namun hanya 1 kerusi sahaja dipertandingkan di PRN Sarawak

PAS akan bertanding hanya satu kerusi di Beting Maro, dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak iaitu 10 kerusi kurang daripada yang ditandinginya dalam PRN 2016.

Calonnya, Setiausaha PAS negeri Mohammad Arifiriazul Paijo atau lebih dikenali sebagai Arif Paijo, kalah di Lambir pada PRN 2016 dengan hanya meraih 829 undi dan hilang depositnya.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu memutuskan bertanding hanya di satu kerusi dalam PRN kali ini supaya dapat memfokuskan jenteranya di situ, memandangkan situasi pandemik Covid-19.

“Kita tahu tidak ramai boleh masuk dari luar Sarawak untuk membantu, selain kempen juga dihadkan,” katanya dalam sidang media di Kuching, hari ini.

“Keadaan kali ini agak mencabar tapi kami harap diterima baik di Beting Maro dan meraih kemenangan,” katanya.

Menurutnya, PAS bukan asing lagi di kawasan itu malah pernah memberikan bantuan sebelum ini, bukan hanya ketika musim pilihan raya.

Arif, 37, bekas eksekutif IT di Petronas, aktif mengukuhkan cawangan PAS di Beting Maro sejak 2016 yang melihat parti itu kalah kepada calon Barisan Nasional (BN) sebanyak 1,707 undian.

Tuan Ibrahim berkata keputusan meletakkan hanya satu calon tiada kaitan dengan prestasi parti di PRN Melaka bulan lalu, dan menegaskan parti itu tidak tewas.

Katanya, walaupun PAS tidak menang mana-mana lapan kerusi dipertanding di Melaka, parti itu tetap “menang” dari segi undian untuknya yang bertambah.

Selain itu, katanya, PAS akan terus bekerja sama dengan gabungan pemerintah Sarawak, GPS, di peringkat persekutuan.

Pada 2016, PAS kalah di semua 11 kerusi dipertanding dalam PRN Sarawak manakala 7 calonnya turut hilang deposit.

Pada 2 Dis, lidah rasmi parti Harakah Daily melaporkan parti itu yang bertanding di bawah Perikatan Nasional dalam PRN Melaka bulan lalu, akan bertanding di bawah logonya sendiri.

PRN Sarawak: PAS bertanding 1 kerusi

Terkini

Berita Berkaitan