Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Gempak!! Pemuda PAS ajak penyokong PH bantu tumbangkan BN di Pahang

PAS secara terbuka dilihat mulakan langkah untuk menawan Pahang selepas berjaya menguasai Kelantan dan Terengganu melalui pilihan raya umum (PRU) lalu, selain Kedah selepas Langkah Sheraton.

‘Gerakan’ tersebut dizahirkan melalui Pemuda PAS yang melihat potensi untuk parti itu menguasai negeri di Pantai Timur.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, berkata partinya itu berpotensi menawan negeri Darul Makmur jika kena pada kaedah dan pendekatannya.

Malah dalam usaha menawan Pahang itu, dia menyeru supaya penyokong-penyokong Pakatan Harapan (PH) supaya berfikir sejenak untuk melihat betapa pentingnya mengubah kepimpinan negeri terbabit.

“Hari ini PAS menang lapan kerusi dewan undangan negeri (DUN) daripada 42 kerusi Pahang dalam PRU ke-14. BN (menang) 25 kerusi manakala PH sembilan kerusi.

“Dalam PRU yang akan datang jika penyokong-penyokong PH dapat berfikir sejenak betapa pentingnya mengubah kepimpinan Pahang, insya-Allah PAS ada peluang untuk menang atau setidak-tidaknya menjadi pemegang ‘syer’ paling besar dalam pembentukan kerajaan Pahang,” katanya.

Untuk menegaskan hujahnya Ahmad Fadhli memberikan contoh DUN Pulau Tawar yang menyaksikan calon PAS kalah kepada Umno-BN dengan hanya perbezaan 587 undi pada 2018.

Untuk untuk calon PH pula, katanya, memperoleh 1,973 undi.

Parti kian kuat sekarang

Dalam keadaan begitu, kata ahli parlimen Pasir Mas berkenaan, sangat rugi undi PH “dibazirkan” untuk memenangkan BN.

“Jika beramai-ramai pengundi mereka (PH) memberikan undi kepada PAS, PAS boleh memenangi DUN Pulau Tawar,” katanya.

Keadaan sebegitu, tambah Ahmad Fadhli, turut berlaku di beberapa kerusi DUN lain termasuk Tioman.

Dalam PRU ke-14 PAS memenangi lapan kerusi DUN iaitu Tahan, Damak, Beserah, Tanjung Lumpur, Panching, Luit, Chenor dan Jengka.

Kenyataan ketua Pemuda Perikatan Nasional itu dijangka akan mendapat reaksi balas daripada Umno-BN di sebalik hubungan baik yang pernah terjalin di antara kedua-dua parti sebelum ini.

Untuk rekod dalam keadaan hubungan PAS-Umno yang kian menegang, ada pihak tertentu di dalam – dan luar – parti itu sedang cuba memulihkan kerjasama yang dijalin melalui Muafakat Nasional.

Namun dipercayai kumpulan yang cenderung mahu berbaik-baik semula dengan Umno adalah lebih kecil berbanding mengambil sikap sebaliknya.

Kata Ahmad Fadhli sangat baik jika pengundi PH dalam PRU lalu dapat membuat pertimbangan semula dan mengambil pendirian memberi sokongan kepada PAS demi melihat Pahang berubah.

Katanya kekuatan PAS juga kian bertambah selepas parti itu mengadakan himpunan pada Julai lalu.

“Jom, bantu Pahang. Jadikan negeri keempat selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah,” ujarnya.

Amin Ahmad

Sementara itu mengulas ajakan Pemuda PAS tersebut, Anggota Parlimen Kangar Amin Ahmad menggunakan logik yang sama untuk bertanya soalan kepada Ahmad Fadhli.

Kata ahli parlimen PKR itu, dengan alasan yang dikemukakan Pemuda PAS, adakah mereka akan sanggup juga memberikan bantuan kepada PH untuk kerusi lain.

“Memakai logik yang sama, PAS (pula) perlu menyokong PH di kerusi yang PH dapat lebih banyak undi berbanding PAS.

“Sanggupkah PAS?” soalnya ringkas hari ini.

https://www.malaysiakini.com/news/632264

Berkaitan