Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Gangguan sistem KLIA, KLIA 2 bukan kerana serangan siber

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Tiada insiden serangan siber dikesan melibatkan gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak gangguan itu mula dikesan pada 21 Ogos lalu.

Menurut kenyataan dari Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), siasatan awal oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menunjukkan bahawa gangguan disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian.

“Buat masa ini, semua usaha difokuskan untuk memastikan operasi di KLIA dan KLIA2 kembali pulih sepenuhnya. MAHB telah mengambil dan akan terus melakukan semua langkah yang perlu bagi mempercepat proses itu kembali pulih, “ kata kenyataan tersebut.
Tambahnya, NASCA akan terus memantau dan menjalankan siasatan lanjut dengan semua agensi berkaitan. – BERNAMA

Berkaitan