Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Fuhh!! Ahli Parlimen DAP tawar bantu kerajaan urus ekonomi

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming menawarkan khidmatnya kepada kerajaan secara pro bono ketika negara menghadapi cabaran inflasi dan rantaian bekalan.

Wakil rakyat DAP itu berkata, ini termasuk hadir dalam Majlis Tindakan Kebangsaan Mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL) untuk memberikan pandangannya dan menyampaikan sebarang rancangan kerajaan yang difikirkannya boleh dilaksanakan kepada kumpulan industri, dewan perniagaan dan persatuan serta orang ramai.

“Memandangkan pemulihan ekonomi di Malaysia terus pesat pada 2022 selepas dua tahun dilanda pandemik Covid-19, kita hadapi pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau mencadangkan agar setiap kementerian menerbitkan indeks kos pengeluar dan pengguna sendiri berdasarkan sektor dan aktiviti ekonomi di bawah bidang kuasa masing-masing dan bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan untuk menganalisis data dan mengumpul data tambahan jika dan apabila diperlukan.

“Kementerian yang kini berada dalam NACCOL harus menyediakan pelan daya tahan untuk sektor ekonomi utama, termasuk tahap berjaga-jaga untuk kemungkinan gangguan rantaian bekalan, bukannya menangani krisis hanya apabila keadaan menjadi tidak dapat dipertahankan,” katanya.

Katanya, dengan berbuat demikian, ia akan memastikan kementerian bersedia berdepan kemungkinan hasil yang berbeza untuk sektor ekonomi yang berbeza.

Ong berkata, terdapat keperluan untuk mengadakan kerjasama antara kementerian bagi menangani isu-isu ini, “bukannya setiap kementerian bekerja secara bersendirian”.

Beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia supaya mendedahkan kepada umum petunjuk prestasi utamanya (KPI) berhubung pemprosesan permohonan visa pekerja asing bagi setiap sektor ekonomi.

Menurutnya, ini akan mengurangkan masalah rantaian bekalan dan tekanan kos yang dihadapi oleh perniagaan apabila ekonomi domestik, serantau dan global terus dibuka.

Katanya juga, perlu ada komunikasi yang betul antara kerajaan dan orang ramai melalui taklimat akhbar, kenyataan akhbar dan media sosial untuk memastikan orang ramai dan pihak berkepentingan yang berkaitan lebih yakin kepada kerajaan dalam menangani cabaran itu.

“Memandangkan tekanan inflasi akan berlaku untuk baki tahun ini dan mungkin seterusnya, beberapa pengajaran yang diperoleh daripada kegagalan isu bekalan ayam masih boleh dilaksanakan untuk sektor ekonomi yang lain,” katanya.

Pada 23 Mei, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini manakala permit import (AP) ayam dan gandum dimansuhkan sebagai sebahagian daripada langkah untuk membendung kekurangan bekalan ayam.

Langkah baharu itu akan berkuat kuasa sehingga harga ayam dan tahap pengeluarannya kembali stabil.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/26/ahli-parlimen-dap-tawar-bantu-kerajaan-urus-ekonomi/

Berkaitan