Foto wanita buat GrabFood sambil gendong anak undang simpati nitizen, suami wanita itu ceritakan hal sebenar

Beberapa hari lalu viral di laman sosial dua keping foto seorang ibu yang memakai beg pembawa makanan GrabFood di depan sebuah restoran makanan segera. Meraih ribuan perkongsian dan komen, foto berkenaan mendapat simpati netizen yang turut kagum dengan kegigihan wanita itu.

Walaubagaimanapun, ada kisah sebenar disebalik foto berkenaan, seperti diceritakan suami kepada wanita tersebut kepada portal Free Malaysia Today

Suami kepada wanita yang viral berkenaan, Mohamad Hafifi Mohamad Yusoff, menjelaskan cerita yang tersebar adalah tidak benar sama sekali. Menurutnya, apa yang berlaku adalah, ketika kejadian, dia dalam proses penghantaran pesanan terakhir untuk pelanggan di Kampung Kerinchi, Bangsar, Kuala Lumpur.

Ketika mahu mengambil makanan yang dipesan, dia membawa bersama anak dan isterinya yang kebetulan mahu menikmati hidangan sama.

Kebetulan anak saya nak aiskrim, isteri saya pun nak beli makanan di McDonalds, jadi saya membawa mereka sekali untuk mengambil tempahan yang dibuat.

Kemudian saya menghantar mereka di rumah terlebih dulu kerana rumah saya dekat dengan rumah pelanggan yang membuat tempahan.

Ujar Hafifi lagi, dia terkejut dengan foto isterinya yang viral itu dimana kononnya terpaksa menghantar makanan untuk menyara kehidupan sambil membawa anak.

Saya pun risau kalau gambar ini terus tersebar ia akan menjejaskan keadaan saya yang mungkin tidak lagi boleh membuat perkhidmatan Grabfood ini.

Hafifi berkata dia membawa GrabFood untuk menyara keluarga sejak bekerja sendiri, 6 bulan lalu.

FMT

Terkini

Berita Berkaitan