Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Era Anwar-Rafizi bermula di landasan betul, kata perwakilan

Cakap-cakap mengenai konflik jelas antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya yang baru dipilih, Rafizi Ramli, telah membuatkan perwakilan parti tidak terkesan, dengan beberapa pihak menegaskan bahawa kedua-duanya tidak boleh bekerjasama.

Kritikan Rafizi dan teguran Anwar menjadi tumpuan pada kongres parti, dengan ada yang mengatakan kerjasama itu bermula dengan goyah.

Pemerhati mendakwa pertembungan antara kedua-dua personaliti itu mungkin mewujudkan keretakan dalam parti.

“Semua gosip di sekeliling mereka adalah perkara biasa untuk menimbulkan pergeseran dalam kalangan ahli parti,” kata Aziz Danial, ahli PKR Bahagian Port Dickson.

Katanya, berdasarkan kenyataan mereka pada Ahad, “ia jelas mereka boleh bekerjasama, cuma mereka mempunyai ideologi dan pendekatan berbeza”.

Aziz berkata Rafizi yang kembali aktif berpolitik selepas dua tahun berehat memberi dorongan kepada parti itu.

“Rafizi lebih muda dan agresif manakala Anwar merupakan ahli politik berpengalaman, jadi ia gabungan yang baik,” katanya.

Kebanyakan laporan mengenai konflik yang dikatakan antara kedua-dua pemimpin itu tertumpu pada pendekatan berbeza mereka terhadap pendekatan “khemah besar” menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Anwar bersetuju untuk bekerjasama dengan parti pembangkang lain untuk satu barisan bersatu menentang Barisan Nasional (BN) pada PRU, manakala Rafizi menentang idea itu.

Seorang lagi perwakilan, Bahagian Sungai Siput, Syed Mohamed Syed Bahrom berkata, ucapan kedua-dua pemimpin itu menunjukkan tidak ada pertelingkahan di antara mereka.

Syed Mohamed berkata perwakilan yang mengambil berat menganalisis ucapan mereka itu akan membuat kesimpulan bahawa kedua-duanya sehaluan dan tidak mempunyai agenda tersembunyi.

Ditanya mengenai bagaimana pertembungan personaliti dua pemimpin itu akan memberi kesan kepada parti, Naib Ketua Wanita PKR Sangetha Jayakumar berkata ia tidak lebih daripada “media yang terlalu menonjolkan perbezaan pendapat”, yang dimiliki oleh “semua orang” dalam parti itu.

“Saya rasa perbezaan antara kami dan beberapa parti dalam kerajaan sekarang adalah terdapat ramai ‘yes men’ dan tunduk serta mencium tangan. Budaya bodek memang ada. Ia tidak ada dalam PKR,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/18/era-anwar-rafizi-bermula-di-landasan-betul-kata-perwakilan/

Berkaitan