Dr Zakir Naik selesai beri keterangan di Bukit Aman selama 5 Jam

Pendakwah Islam Dr Zakir Naik selesai memberi keterangan kepada polis berhubung ceramahnya di Kelantan minggu lalu. 

Dr Zakir, 53, berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini kira-kira lima jam bermula 3 hingga 8 .15 malam tadi. 

Beliau yang hadir berkemeja putih dan berkopiah dipercayai memberikan keterangan kepada penyiasat dari Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5). 

Ceramah Dr Zakir minggu lalu mengundang kontroversi selepas 115 laporan polis dibuat dan beliau disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan. 

Terkini

Berita Berkaitan