Friday, March 24, 2023

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Panas! Jana Wibawa, lagi ditahan, kali ini seorang pegawai SPRM dan 4 individu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang...

Dr M cadang, gesa bubar Umno, kata Zahid dalam pernyataan mahkamah

Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pertemuan sebanyak lima kali dengan Dr Mahathir Mohamad antara 2018 dan 2020 bukan untuk membincangkan mengenai kes jenayah dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu, sebaliknya bagi menyelesaikan kemelut politik negara pada waktu tersebut.

Zahid, 69, mendakwa dalam beberapa pertemuan itu, Mahathir ada mencadangkan dan menggesa beliau supaya membubarkan Umno dan menyeru ahli Umno (khususnya Ahli Parlimen dan ADUN daripada Umno) untuk sertai Mahathir dalam Bersatu.

Pertemuan sebanyak lima kali itu antara 7 Jun 2018 dan 25 Feb 2020 berlaku di beberapa lokasi antaranya, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Zahid, yang memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan Mahathir, mendakwa perjumpaan bersama Mahathir bukan sahaja dihadiri olehnya, malah turut disertai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang lain ketika itu seperti Mohamad Hasan, Ismail Sabri Yaakob dan Mahdzir Khalid.

Dakwa Zahid, perjumpaan itu diadakan susulan desakan daripada akar umbi ahli Umno yang mahukan perubahan dalam hala tuju parti dan turut membincangkan antara lainnya kemungkinan kerjasama antara Umno dan Bersatu sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

“Namun, dalam perbincangan ini, defendan (Mahathir) menggesa saya untuk bubarkan Umno dan sertai parti Bersatu.

“Oleh itu, dakwaan defendan (Dr Mahathir) bahawa saya cuba berbaik-baik untuk menyuarakan kes-kes jenayah dihadapi saya kepadanya adalah tidak benar dan tidak berasas,” dakwa Zahid dalam jawapan kepada pernyataan pembelaan difailkan, pada 31 Mei lalu.

Pada 17 Mei lalu, Mahathir menerusi pernyataan pembelaannya mendakwa Zahid telah menyuarakan kerisauannya berhubung kes jenayah dihadapinya ketika mereka mengadakan beberapa pertemuan, antara 2018 dan 2020.

Dalam saman difailkan pada 20 Apr lalu, Zahid berkata, pada 19 Okt 2018, beliau telah dituduh di mahkamah sesyen di sini, bagi 12 pertuduhan melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan tersebut telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Zahid mendakwa, Mahathir telah mengeluarkan kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada Majlis Pelancaran Aspirasi Pejuang sempena pilihan raya negeri (PRN) Johor ke-15, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, pada 23 Feb 2022.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, mendakwa kenyataan fitnah tersebut antaranya membawa maksud bahawa beliau seorang yang menggunakan jalan pintas untuk menyelesai dan menangguhkan perbicaraan kes jenayahnya yang masih berjalan serta menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Mahathir bagi mencampuri urusan perbicaraan jenayah dan mencampuri penyiasatan dijalankan agensi penguatkuasaan terhadapnya.

Sementara itu, Zahid turut memfailkan permohonan inter-parte (kedua-dua pihak) untuk perintah injunksi interim supaya defendan sama ada secara diri sendiri, pegawai dan wakilnya untuk menarik balik kenyataan fitnah tersebut dan menghalang mereka menerbitkan, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan itu atau kenyataan fitnah serupa di mana-mana platform media sosial.

Peguam Shahrul Fazli Kamarulzaman, yang mewakili Zahid ketika dihubungi, berkata pada pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris hari ini, mahkamah menetapkan 5 Jul ini bagi pendengaran permohonan inter-parte.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/17/dr-m-cadang-gesa-bubar-umno-kata-zahid-dalam-pernyataan-mahkamah/

Berkaitan