Dalam perang-perang dia boleh cipta ubat ? Rusia hasilkan ubat baharu anti-Covid-19

VLADIVOSTOK: Moscow memperuntukkan sebanyak 387 juta rubel (RM20 juta) untuk menghasilkan Mir-19 iaitu sejenis ubat anti-Covid-19 baharu yang dibangunkan oleh saintis negara ini.

Lapor agensi berita Xinhua yang memetik akhbar Kabinet Menteri Rusia, Perdana Menteri Mikhail Mishustin sudah pun menandatangani dekri mengenai peruntukan dana tersebut.

Dana itu akan disalurkan kepada Institut Imunologi Badan Perubatan dan Biologi Persekutuan milik kerajaan yang juga berperanan sebagai pembuat ubat-ubatan.

Wang itu juga akan digunakan untuk menaik taraf dan membeli peralatan perubatan yang diperlukan.

Mir-19 didaftarkan Kementerian Kesihatan Rusia pada 22 Disember 2021 dan ubat itu boleh mencegah serta merawat jangkitan Covid-19 menerusi sistem pulmonari atau intranasal.

Ubat itu berperanan menghentikan virus daripada meniru protein jangkitan dan menghalang gejala paling teruk.

 

Terkini

Berita Berkaitan