Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

Cocok lagi? Pfizer hasil vaksin cegah semua varian sebelum akhir 2022

GENEVA: Syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS), Pfizer mengumumkan vaksin Covid-19 yang berkesan terhadap pelbagai varian akan dihasilkan sebelum penghujung tahun ini.

Pengerusinya, Albert Bourla berkata, syarikat itu juga berusaha menghasilkan vaksin yang boleh memberikan perlindungan lengkap sepanjang tahun, menyaksikan orang ramai hanya perlu mendapatkan dos penggalak setahun sekali seperti suntikan influenza.

“Saya berharap menjelang musim luruh ini, Pfizer sudah memiliki vaksin yang berkesan terhadap semua varian Covid-19 yang diketahui,” katanya dalam taklimat bersama media.

Vaksin Covid-19 keluaran Pfizer merupakan antara vaksin yang berkesan menentang virus maut itu.

Biarpun kesan perlindungan menurun dari semasa ke semasa, vaksin Pfizer masih menawarkan perlindungan kuat terhadap penyakit serius dan mengurangkan kemasukan ke hospital serta kematian akibat Covid-19.

Dalam pada itu, Bourla menyatakan terdapat risiko berlakunya ‘penolakan vaksin berterusan’ susulan kesan perlindungan vaksin sedia ada yang tidak menyeluruh.

“Apa yang dunia perlukan sebenarnya adalah vaksin yang kesannya boleh bertahan selama setahun dan saya fikir inilah yang bakal menjadi penyelesaian kesihatan awam paling optimum,” ujarnya.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenal pasti sebanyak 153 vaksin Covid-19 dalam fasa ujian klinikal, manakala 196 lagi dalam praklinikal. – AFP

Berkaitan