Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

China lakukan disinfeksi secara besar-besaran

Henan: Proses disinfeksi secara besar-besaran dilakukan di kota Zhengzhou, ibu kota wilayah ini di tengah China, susulan lonjakan kes jangkitan Covid-19 baru-baru ini.

Langkah pencegahan dan pengawalan bagi membendung penularan wabak itu, meliputi tempat awam dilakukan mulai jam 10 malam pada Jumaat sehingga ke awal pagi Sabtu.

Kawasan-kawasan yang disasarkan termasuk stesen kereta api, hospital, pusat membeli belah dan lebih 1,700 jalan utama di bandar itu.

Trak digunakan untuk melaksanakan prosedur berkenaan, selain disertai petugas kesihatan.

“Kami menyediakan 140 kenderaan bersaiz besar, kecil dan sederhana untuk proses semburan pembasmian kuman di daerah Erqi dan menghantar lebih 330 orang untuk kerja disinfeksi itu.

“Secara keseluruhan, kami memerlukan 6,500 kilogram pembasmi kuman, yang boleh meliputi 256 jalan di Erqi,” kata Tan Yuxia, kakitangan Pusat Perkhidmatan Sanitasi Daerah Erqi.

“Kami memilih melakukannya pada waktu malam kerana ia membabitkan banyak kenderaan pembasmi kuman dan meliputi satu kawasan yang luas.

“Kita perlu mengelakkan kesan terhadap perjalanan awam,” kata seorang pegawai majlis perbandaran.

Daerah Erqi yang menjadi sasaran majoritinya didiami komuniti yang diklasifikasi sebagai berisiko sederhana dan tinggi.

Menurut pihak berkuasa kesihatan wilayah itu pada Jumaat, Henan melaporkan 21 kes Covid-19 jangkitan tempatan dan 102 kes tidak bergejala dari 31 Julai hingga 5 Ogos.

Berkaitan