Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Budak hafal Surah sampai tertidur, tak lepas Al-Quran dari tangan buat nitizen kagum

Pada era serba moden ini, sukar untuk melihat kanak-kanak meluangkan masa dengan membaca buku, mengaji Iqra dan melakukan pelbagai aktiviti bermanfaat.

Mereka lebih memberi perhatian kepada teknologi gajet dan aplikasi permainan sehingga kadang kala tertidur sewaktu bermain.

Namun berbeza pula dengan kisah seorang budak lelaki ini yang kelihatan tertidur bukan kerana bermain ‘game’, sebaliknya menghafal ayat-ayat al-Quran.

Menerusi sekeping gambar yang tular di laman Twitter, budak lingkungan usia 10 tahun itu nyenyak tertidur di atas lain sambil bersandar di tepi almari malah turut memegang al-Quran kecil di tangannya.

Mungkin waktu rehat sekolah digunakan mengisi perut yang lapar, namun tanpa sedar dia tidak ketinggalan mengisi hatinya dengan ayat suci kalamullah.

Perkongsian oleh seorang pengguna Twitter itu mengundang perhatian ramai yang rata-rata kagum melihat tindakan budak tersebut sebagai hamba bertakwa di atas muka bumi ini.

Sumber 

https://twitter.com/eta_R305/status/1201781227402825734

Berkaitan