Monday, December 5, 2022

Panas! Muhyiddin minta Adun PH berpaling tadah bagi jatuhkan PH di Selangor

Naib Presiden PKR, Amirudin Shari mendakwa Pengerusi...

Hebat! Usaha sedang dibuat agar Jemaah Menteri Anwar tak tahan lama, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mendakwa usaha...

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

BN takut PH kembali berkuasa, keupayaan PH mentadbir dengan bagus

Calon Ketua Menteri Melaka daripada Pakatan Harapan (PH) percaya kebimbangan sebenar Barisan Nasional (BN) adalah berhubung keupayaan parti itu mentadbir Melaka dengan baik, sekiranya menang pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Dalam dialog secara maya bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Adly Zahari, berkata BN sudah bimbang jika rakyat Melaka melakukan perbandingan pentadbiran PH selama 22 bulan ketika menerajui kerajaan negeri.

‘Sebenarnya, apa yang mereka sebenarnya risau adalah sekiranya kita mampu membawa kemakmuran dan kestabilan di negeri ini. Itu yang cukup membimbangkan mereka kerana daripada situ, rakyat akan membuat perbandingan.

“Kita mentadbir (Melaka) hanya 22 bulan sahaja, dalam tempoh 22 bulan itulah yang mereka bimbang. Mereka (rakyat) akan buat perbandingan dengan BN, dan apa yang dibuat PH walaupun dalam 22 bulan sahaja,” katanya bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Dalam sasaran PH untuk memacu industri pelancongan di Melaka, Adly berkata, beliau mahu penerbangan masuk ke negeri ini dari destinasi seperti Langkawi, Kota Bharu dan Pulau Pinang, kembali beroperasi.

Katanya, beliau juga berhasrat menghubungkan Melaka dengan Malaysia Timur dengan memperkenalkan penerbangan dua hala ke Kuching, termasuk Kota Kinabalu, bertujuan memperhebatkan lagi pelancongan domestik, selain mengembangkan ekonomi negeri.

Adly akan mempertahankan kawasan Bukit Katil dengan melawan calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Al Hafiz Yahya, calon BN, Hasnoor Husin dan calon Bebas Abdul Hamid.

Berkaitan