Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Bila hati sudah hitam!! Kejut bangun sahur guna pembesar suara, lelaki acu parang pada jemaah

BATAM: Seorang lelaki membawa parang panjang ke masjid untuk mengugut jemaah yang mengejutkan penduduk bangun bersahur menggunakan pembesar suara.

Kejadian itu berlaku di Batam, Kepulauan Riau kelmarin sehingga menyebabkan si pelaku ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Lubuk Baja, Budi Hartono memaklumkan, suspek mendakwa tidurnya terganggu selepas jemaah mengejutkan penduduk setempat untuk bangun bersahur menggunakan pembesar suara masjid.

“Suspek mengakui membawa senjata tajam ke masjid untuk mengugut jemaah supaya tidak terlalu bising sehingga mengganggu tidur orang lain.

“Dia malah mengakui tidak mempunyai niat untuk mencederakan mana-mana pihak, cuma mahu beri amaran,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com.

Dalam pada itu, Budi menyatakan kes itu sudah diselesaikan antara suspek dengan pihak pengurusan masjid.

Katanya, kedua-dua pihak sudah berbincang dan saling bermaafan.

Kes itu mula mendapat perhatian selepas video suspek membawa senjata tajam ke masjid menjadi tular dalam media sosial.

Dalam video berdurasi 1.55 minit itu, kelihatan seorang lelaki masuk ke dalam masjid sambil mengacukan parang dan memaki hamun jemaah.

Bagi menenangkan keadaan, jemaah cuba berunding dengan suspek dan memintanya menurunkan senjata, namun si pelaku enggan bertolak ansur.

Disebabkan itu, berlaku pergelutan antara beberapa jemaah dan suspek sebelum keadaan kembali reda.

Selepas itu, penduduk setempat menghubungi polis dan suspek ditahan.

Pandemik Covid-19 berterusan reda

Berkaitan