Thursday, October 5, 2023

Betul ke Adun Dengkil kena cekup sebab dadah dalam ‘private party’?

Masih tertanya-tanya, laporan rasmi masih belum diperjelaskan dan diwar-warkan kepada umum, malah media pro kerajaan pun hanya memberi laporan yang zig zaq, yang sini kata begini, yang sana kata begini.

Menurut laporan Sinar Harian, 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan beliau ditahan polis membabitkan kes dadah di sebuah pusat hiburan semalam.

Adhif Syan yang juga Ketua Armada Selangor berkata dakwaan berkenaan adalah satu fitnah.

https://www.sinarharian.com.my/article/65710/BERITA/Politik/ADUN-Dengkil-nafi-ditahan-polis?fbclid=IwAR1otQzoex1Bo0_w-7aG-LKjbE9gJhz-Bua1_YlkHILX12WR419VbtHnzdw

Berita Harian pula melaporkan yang Adun Dengkil ditahan dalam satu operasi..

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 4.45 petang di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini.

Menurut sumber, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/01/646261/adun-selangor-ditahan-polis?fbclid=IwAR0huaFSXNRZ5NXOhruEPGtrnQKUylRMoHnlGewei7TSESuGilvOR0NTr8Y

Laporan Harian Metro pula melaporkan, Adun Dengkil nafi positif dadah

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan maklumat tular di media sosial mengenai beliau ditangkap polis selepas didapati positif dadah dalam serbuan di pusat hiburan sekitar Damansara, Petaling Jaya, awal pagi hari ini.

Sebaliknya, ketika dihubungi Harian Metro pada 10.17 pagi tadi hari ini, beliau berkata akan membuat siaran media dalam waktu terdekat bagi menjelaskan perkara berkenaan.

Ketika dihubungi wartawan, Adhif Syan, 39, memberitahu berada di rumahnya di Pulau Meranti, Puchong dan turut akan melakukan laporan polis berhubung tular palsu itu.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/534648/adun-dengkil-nafi-positif-dadah

Malah ada satu Page Facebook kepunyaan pro PPBM yang kuat menjilat ketat Mahathir, membuat satu posting yang agak janggal, akan saman kepada sesiapa yang membuat kenyataan adun Dengkil ditahan polis kerana positif dadah.

Tetapi paling mengejutkan, bila Berita Harian juga melaporkan yang Bersatu Selangor mengiyakan tangkapan itu. Tak ke pening lalat namanya tu..

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, mengesahkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ditahan polis seperti tular menerusi media sosial sejak pagi tadi.

Beliau berkata, ADUN itu ditahan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, Abdul Rashid yang juga Naib Presiden BERSATU, tidak mahu mengulas lanjut mengenai penahanan itu berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/01/646277/bersatu-selangor-sahkan-adun-ditahan-polis

Kita tunggu pihak Polis membuat kenyataan, sebab katanya, ia melibatkan 17 orang yang ada berjawatan pegawai khas, memang buat malu Atuk Madey jelah nanti, Syed Saddiq mesti akan buat drama cinetron la lepas ni.

Persoalannya, apa nak jadi dengan Pakatan Harapan ni?

Berkaitan