Tuesday, May 30, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Berita gembira buat kaki melancong, Thailand benarkan pelancong tinggal lebih lama mulai Oktober

BANGKOK – Thailand akan membenarkan pelancong asing melawat negara berkenaan lebih lama bermula Oktober ini.

Menurut seorang pegawai kanan kerajaan, negara tersebut cuba untuk memulihkan sektor ekonomi utamanya yang terjejas teruk akibat pandemik.

Menurut Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand, Yuthasak Supasorn kepada Reuters, para pelancong boleh tinggal sekurang-kurangnya 30 hari dengan 14 hari pertama diwajibkan menjalani kuarantin di dalam hotel sebelum dibenarkan melawat kawasan lain.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak berkuasa menggantung rancangan untuk mencipta “gelembung pelancongan” bersama negara-negara jiran yang lain berikutan peningkatan kes Covid-19 di Asia.

“Pada 1 Oktober ini, kami akan bermula di Phuket,” katanya.

Para pelancong diminta untuk menjalani dua ujian koronavirus semasa kuarantin sebelum mereka dibenarkan keluar ke pulau-pulau.

Mereka juga perlu melakukan ujian tambahan dan tinggal di sesuatu kawasan tersebut selama seminggu lagi sebelum dibenarkan berjalan ke kawasan lain di negara berkenaan.

Thailand sudah hampir tiga bulan sifar kes penularan tempatan. Jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 3,300.- Agensi

Berkaitan