Sunday, December 4, 2022

Pelantikan Ahmad Zahid dibuat berdasarkan hierarki dalam parti kata Ahmad Maslan

Keputusan melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid...

Panas! Ini kerajaan ‘luar tabii’ kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor...

Terkini! Empat senator angkat sumpah di Dewan Negara

Empat senator mengangkat sumpah di Dewan Negara...

Bekalan tepung gandum negara tak terjejas, kata kementerian

Bekalan tepung gandum negara dijangka tidak terjejas di sebalik larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Malaysia mengimport 80% biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

“Justeru larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara,” menurut KPDNHEP dalam catatan di Twitter, hari ini.

Menurut kementerian itu, sebanyak 2,200 penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bekalan tepung bersubsidi dan tidak bersubsidi stabil di pasaran.

Ketua Pengarah Perdagangan Luar Negara di bawah Kementerian Perdagangan dalam satu pemberitahuan bertarikh 13 Mei, memaklumkan India menghentikan eksport gandum berkuat kuasa serta merta dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan makanannya.

Eksport gandum ke negara lain hanya dibenarkan ‘atas kelulusan kerajaan India dan berdasarkan permintaan kerajaan mereka’.

India mengeksport tujuh juta tan metrik gandum bernilai kira-kira USD2 bilion pada tahun kewangan 2021-22 dan separuh daripadanya dibeli Bangladesh.

Laporan media, baru-baru ini, menyatakan pengeluaran gandum India tahun ini terjejas akibat gelombang haba, selain negara itu juga berdepan peningkatan inflasi makanan berikutan harga komoditi global lebih tinggi.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/05/17/bekalan-tepung-gandum-negara-tak-terjejas-kata-kementerian/

Berkaitan