Kalau nak lawan Anwar Ibrahim, lawan betul-betul sampai dia tidak mampu jadi Perdana Menteri ke-8, ini nak sebut nama pun masih takut-takut.
Kata pejuang reformasi, apa lagi, susunlah orang-orang kamu dan tunjuk Anwar jalan pulang dan bersara dari politik.
Tetapi, PKR ini walaupun mereka berkrisis, namun bila tiba hari mengundi di PRU, jawapan mesti lain, kemenangan mesti berpihak kepada mereka wahhal kita semua tahu mereka parti yang suka bergaduh, baling kerusi, bukan sikit anak gambar, video yang tersebar sejak pemilihan parti sebelum PRU14 lagi.
Itulah politik, kalau kalian tidak percaya apa kata penulis, kalian tunggu sahaja bila PRU akan datang, susah nak benamkan PKR ni, melainkan rakyat sudah mula sedar.
Kita ambil contoh Selangor, krisis dengan Khalid Ibrahim bukan kepalang masa 2014 dahulu, namun rakyat tetap memilih mereka menerajui Selangor pada PRU lepas.
Mungkin benar kata bidalan, zaman dipenghujung ini, makin ramai golongan yang tidak sepatutnya naik menjadi ketua, menjadi pemimpin, maka kita boleh lihat sahaja keadaan sekarang di Malaysia Baharu.
‘Zaid Ibrahim saya dah lawan, Khalid Ibrahim saya dah lawan..’ – Azmin
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan seluruh anggota parti agar mengambil perbezaan pandangan sebagai cara memperkukuhkan parti bukan dengan mencaci atau menghina.
Malah katanya, sepanjang perjuangan beliau bersama parti, beberapa nama pemimpin penting pernah dilawannya ketika berbeza pendapat dan tidak melabelkan mereka pengkhianat.
“Yang lawan saya tidak pernah saya kata pengkhianat, Zaid Ibrahim lawan saya, saya tabik kamu demokrat, Khalid Ibrahim dah lawan, saya tabik kamu demokrat.. Jadi Zaid Ibrahim dah lawan, Khalid Ibrahim dah lawan…
“Kita nak ada maruah, kita nak ada prinsip. Perbezaan itu perkukuhkan parti tapi jangan cerca, maki, fitnah. Tahun 1998 bila Presiden kita difitnah, kita tidak tanya tetapi kita terus ‘terjun’ di jalan raya. Bila orang tanya kita kata dia (Presiden) orang baik,” ujar Azmin dalam acara Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di ibu negara pada Ahad.
Meskipun terus mempertahankan Presiden, namun beliau kecewa apabila reaksi berbeza diterimanya ketika difitnah enam bulan lalu.
“Minggu lepas, dia (Anwar) kena lagi (tuduhan kontroversi), sekali lagi walaupun kalau ikut hati geram juga tetapi saya tidak berganjak bila media tanya apa pandangan. Saya jawab secara tuntas, sebagai Timbalan Presiden saya akan mempertahankan Presiden saya. Prinsip PKR kita tolak politik kotor dan jijik,” katanya.
Isu Azmin dan Anwar menjadi ‘panas’ selepas Kongres Nasional PKR 2019 yang berlangsung di Melaka Sabtu.
Dalam ucapan pergulungan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh kisah ‘Si Kitol’ dan ‘kerajaan negeri Melaka’.