ASB terendah dalam sejarah, alasan tetap sama, semua salah Kerajaan dahulu

Adakalanya pemikiran Menteri yang diamanahkan untuk menjaga kemakmuran ekonomi negara, sudahlah tiada apa yang dibanggakan dengan tugasnya selama hampir 19 bulan.

Apa yang perlu dibanggakan kalau ekonomi Malaysia masih menjunam, usahlah menipu lagi wahai PH.

Mengaku sahaja kalian tidak mampu membawa ekonomi Malaysia ibarat Harimau Asia, yang jadi Harimau kertas adalah.

Bila pengumuman ASB, serendah 5.5 dividen, paling teruk sejak PH memerintah, akhirnya jawapan paling biasa kita dengar.

Semuanya salah kerajaan dahulu, salah BN, Najib.

Mungkin Menteri sudah hilang idea untuk mencari alasan, sudah hilang akal dalam melepaskan tekanan. Rakyat bukannya tikus tabung uji untuk kamu semua buat ujian kebersanana ekonomi cara kamu.

Sudahlah Pakatan Harapan. Moga sepenggal jelah.

ASB 5.5 masih salah BN

KUALA LUMPUR – Seperti sudah dijangka, akan ada pihak menyalahkan kerajaan dahulu apabila dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi 2019 diumum rendah pada kadar 5.5.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyangka kenyataan sedemikian dikeluarkan sendiri oleh menteri kabinet

“Biar betik! Paling rendah dalam sejarah untuk dua tahun berturut-turut pun masih salah BN.

“Cakap sahajalah video Sandakan itu juga salah BN. Senang untuk lepas diri,” kata beliau dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya.

Beliau berkata sedemikian mengulas laporan Malaysiakini yang memetik kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung pengumuman dividen ASB baru-baru ini.

Berdasarkan laporan tersebut, Azmin dikatakan mempertahan dividen yang diumum oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan menyifatkannya sebagai isu legasi.

Namun, Najib mempersoal tindakan kerajaan menjual aset-aset negara yang memberi pulangan tinggi sebagai punca kepada kemeruduman ekonomi sekali gus mempengaruhi kejatuhan dividen ASB.

“Siapa yang suruh korang jual aset yang memberi pulangan tinggi? Berpuluh tahun BN memerintah, dividen ASB tinggi-tinggi.

“Itulah ‘masalah’ legasi BN sebenar,” sindirnya.

Terdahulu, Najib dalam status Facebook berasingan turut menyindir pemimpin PKR berhubung isu penularan video persetubuhan luar tabii yang akan diumumkan identitinya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lama lagi.

Beliau berkata, tidak mustahil nanti pemimpin dalam kerajaan akan menyalahkannya.

“Tak sampai 12 hari lagi, Rakyat akan tahu siapa dia. Tapi saya risau juga.

“Nanti ada akuan bersumpah terkeluar tuduh orang dalam video ialah Najib,” selorohnya. SM

https://web.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156591290860952/?type=3&theater

Terkini

Berita Berkaitan