Sunday, May 28, 2023

Kematian kanak-kanak di Kluang bukan disebabkan stroke haba

Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun...

K’jaan Perpaduan selesai isu air di Kedah jika dapat mandat PRN kata TPM

Kerajaan Perpaduan memberikan jaminan akan menyelesaikan isu...

Apa yang telah terjadi? Murid tanggung ‘azab’ kon lekat di kepala

Seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah di Pontian, Johor, terpaksa menanggung “azab” apabila sebuah kon terlekat di kepalanya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika murid berusia 10 tahun itu hendak pulang ke rumah selepas bersekolah pada sesi pagi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Mohd Ezal Azma, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.28 tengah hari.

Katanya, dengan bantuan enam anggota kon itu dipotong menggunakan peralatan khas dan dapat dikeluarkan kira-kira 26 minit kemudian.

“Ketika bermain bersama rakan lain dalam kawasan sekolah, mangsa memasukkan kon ke kepalanya yang mengakibatkan gagal dikeluarkan,” katanya menurut Berita Harian.

Murid tanggung ‘azab’ kon lekat di kepala

 

Berkaitan