APA KES? PAS pecat Khairuddin sebagai AJK PAS

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengesahkan Mohd Khairuddin Aman Razali dipecat sebagai ahli jawatankuasa (AJK) pusat parti itu.

Dia mengesahkan perkara itu ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Marang, Terengganu, sebentar tadi.

Hadi tidak mendedahkan secara khusus alasan pemecatan bekas menteri perusahaan, perladangan dan komoditi itu sebaliknya hanya berkata ia perkara biasa.

Dia bagaimanapun memberi gambaran terdapat kaitan dengan isu disiplin.

“Dalam parti kita ada disiplin. Siapa yang tidak ikut, dia boleh ditukarkan jawatan, bertugas di tempat lain, digantung keahlian atau boleh dipecat,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/606878

Terkini

Berita Berkaitan