Anwar nasihat Hadi, jangan guna neratif kolot dan jumud kritik Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim menasihati Presiden PAS Hadi Awang agar jangan menggunakan naratif kolot dan jumud apabila mengkritik kerajaan perpaduan.

Beliau yang juga perdana menteri meminta Hadi tunjukkan mana dasar kerajaan sekarang yang mengkhianati orang Melayu.

“Mana dasar kita tinggalkan Melayu? Yang kita ‘khianat orang Melayu’ ini mana? Yang kita curi dana, saham, projek semua mana?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran di Muzium Kesenian Islam.

Semalam, Hadi dilapor membandingkan jumlah kerusi yang dimenangi PAS dan Bersatu dengan DAP dan PKR, serta mendakwa PH tidak sesuai memimpin negara kerana ia ‘dikuasai’ parti bukan Islam.

Hadi ditanya pemberita mengenai tawaran kepada PAS untuk menyertai kerajaan perpaduan, selepas PRU15.

“Yang penting bukan soal jumlah majoriti bukan Melayu,” kata Anwar. “Jangan gunakan naratif kolot dan jumud.”

Anwar mengingatkan pembangkang bahawa Malaysia negara pelbagai kaum yang menjaga hak-hak berkaitan Islam.

“Ini jaminan keamanan negara kita,” tegasnya, dan menambah beliau tidak suka “rakyat dipesongkan dengan sentimen begini”.

Terkini

Berita Berkaitan