Ah Sudah!!140,000 ayam mati lemas dalam banjir di Thailand

Kira-kira 140,000 ekor ayam mati lemas dalam kejadian banjir di sebuah ladang ternakan dekat daerah Kwaeng, wilayah Rayong, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Rayong turut dilanda hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat dan menjejaskan seluruh Thailand pada minggu ini dengan lebih 200 rumah dinaiki air di daerah Kwaeng.

Kesemua enam bangsal di ladang ternakan ayam milik penduduk, Kamnan Boonsueb di mukim Ban Na dinaiki air pada kedalaman lebih satu meter.

Ladang ternakan ayam itu mengalami kerugian berjumlah tidak kurang daripada 10 juta baht (RM1.24 juta).

“Walaupun saya mengalami kerugian akibat kematian ternakan dalam jumlah banyak, beban tersebut diringankan sedikit apabila ada penternak keli mahu membeli bangkai ayam untuk diberi makan ikan,” jelas Kamnan.

Sebanyak 13 kampung di mukim Ban Na ditenggelami air akibat banjir dengan semua penduduk terjejas dipindahkan dengan bot oleh anggota-anggota penyelamat.

Banjir kilat itu turut menjejaskan ibu negara, Bangkok  dan kawasan sekitarnya. Hujan lebat dan banjir kilat dijangka berterusan sehingga hari ini di seluruh Thailand, demikian menurut Jabatan Meteorologi. – Agensi

Terkini

Berita Berkaitan