[Abu Chin Peng] Cuma abu sahaja bawa balik, dia bukan boleh buat apa – Tun M

Akhirnya PM kita sudah bersuara, tidak perlulah risau perihal abu Chin Peng, lagipun dia bukan ada lagi dah, buat apa nak risau.

Kalau sesiapa yang terasa atau anggap komen PM kita ini anggaplah isu abu ini selesai, D4P pun memang sejak 2013 dahulu memperjuangkan supaya abu mendiang dibawa kembali ke Malaysia.

Mat Sabu juga sebelum jadi Menteri, dia ada katakan, nak takut apa, abu sahaja pun, ramai lagi pemimpin pembangkang masa zaman itulah menyokong supaya abu Chin Peng dibawa ke tanah air untuk diberi penghormatan.

Nak cakap lebih-lebih nanti dikatakan tidak rasional, kalau pengganas seperti Chin Peng boleh pula diberi penghormatan, mana pula maruah askar kita, polis kita yang ada yang meninggal dunia melawan keg*n*s*n Binta** T** ini?

Tepuk dada tanyalah hati, dah nama Malaysia Baharu, terima sahaja, nak komen lebih-lebih nanti dipantau pula. Telan sahajalah semampu boleh.

Chin Peng: Dia bukan boleh buat apa, abu dia sahaja balik – Tun Mahathir

SEOUL: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia tidak perlu diperbesarkan mana-mana pihak terlibat.

Ia berikutan katanya pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sudah meninggal dunia.

“Dia (Chin Peng) sudah mati. Banyak orang yang dulu dera kita macam orang Jepun apa semua. Tetapi kita lupakan yang lama. Bukan dia boleh buat apa dah.

“Cuma abu dia sahaja yang balik. Kita beri Shamsiah Fakeh balik pun tiada siapa complaint. Kenapa? Sebab dia Melayu kot? Ada lain lagi. Tapi Chin Peng memang kita tak mahu terimalah sebab dia ketua,” katanya dalam sidang media bersama Media Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di sini pada Khamis.

Perdana Menteri pada masa sama tidak menolak kemungkinan ada pihak yang ada agenda tersendiri terhadap isu berkenaan.

“Benda semacam ini, yang nak bangkit ini untuk apa? Nak puaskan hati siapa? Nak suruh kita pergi kutip dan hantar ke luar negeri? Benda yang kecil macam itu korek nak memburukkan kerajaan. Benda ini berlaku macam masa (zaman) Najib dulu tetapi tiada apa. Namun sekarang semua berbalik kepada PH,” ujarnya.

Katanya lagi, tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng ada di luar kawalan mana-mana pihak.

“Macam mana kita nak tahu? Dia bawa abu dalam flusk dan kita tak tahu siapa yang nak tengok. Kalau nak buang abu tu, buang lah,” tambahnya lagi.

Pada Khamis, kerajaan memaklumkan tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata kementeriannya telah diarahkan untuk melakukan siasatan berhubung perkara itu. Astro Awani

Terkini

Berita Berkaitan