Monday, March 27, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

[Abu Chin Peng] Biar KDN siasat kata Mat Sabu

KUALA LUMPUR – Mohamad Sabu memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang komen dalam isu abu bekas pengasas Komunis, Chin Peng sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) melengkapkan hasil siasatan terhadap isu abu dibawa pulang September lalu ke negara ini.

Menteri Pertahanan itu berkata, sehingga itu beliau tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa mengetahui maklumat penuh berhubung perkara itu.

“Biar KDN siasat, saya tak boleh buat apa-apa kenyataan sehingga KDN selesai siasatan,” katanya secara ringkas ketika diserbu wartawan untuk mendapatkan reaksinya di lobi Parlimen pagi ini.

Ditanya adakah tindakan kerajaan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang September lalu ke negara ini akan menggores hati komuniti Melayu, Ahli Parlimen Kota Raja itu juga enggan mengulas lanjut.

Sebaliknya beliau hanya membalas pertanyaan pemberita dengan jawapan:”sehingga KDN keluarkan hasil siasatan.. saya akan komen selepas itu”.-MalaysiaGazette

Berkaitan