Sunday, April 2, 2023

Orang ramai terkejut melihat tumbuhan misteri tumbuh pada pili bomba

Tumbuhan misteri warna merah pada pili bomba...

Dah macam kanopi bila netizen sindir DS VIDA

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir...

PANAS BERDENTUM!! Laporan siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah?

Salinan dokumen yang didakwa laporan Suruhanjaya Pencegahan...

4 Ahli Parlimen GRS tidak perlu kosongkan kerusi mereka, kata Wan Junaidi

Empat Ahli Parlimen GRS yang mengumumkan keluar daripada Bersatu, tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), berkata selepas dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai pagi tadi, empat ahli Bersatu Sabah itu telah meletakkan jawatan dalam parti mereka pada awal Okt lalu sebelum bertanding pada PRU15.

“Dalam hal ini saya perlu bersetuju dengan peguam Perlembagaan, Fuad Tengku Ahmad bahawa undang-undang anti-lompat parti memang memberi kesan kepada mereka.

“Dalam PRU15 baru-baru ini, Ahli Parlimen ini bertanding di bawah sepanduk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Pakatan parti itu dengan Bersatu berakhir pada awal Oktober tahun ini, sebelum pemilihan berlangsung. Oleh itu, mereka tidak melanggar akta anti-lompat parti Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan.

Empat Ahli Parlimen berkenaan ialah Ahli Parlimen Papar Armizan Mohd Ali, Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).

Terdahulu, Armizan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menjelaskan, penyertaannya dalam GRS menerusi keahlian langsung dan bertanding pada PRU15 atas tiket gabungan berkenaan.

Katanya, GRS adalah parti bersifat individu dengan keahliannya meliputi dua kategori iaitu keahlian langsung dan keahlian parti gabungan.

Sebelum ini, peguam Perlembagaan, Fuad Tengku Ahmad yang berkata, empat Ahli Parlimen itu bertanding sebagai calon GRS, bukannya calon Perikatan Nasional (PN) atau Bersatu.

FMT

Berkaitan