Panas! Pegawai Khas Wan Saiful ditahan SPRM

Shafiq Halim, Pegawai Khas Wan Saiful pula ditahan SPRM. Seorang pegawai kepada bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pada jam 3.30 petang Rabu.

Perkata itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menerusi sidang akhbar di sini pada Khamis.

Menurutnya, penahanan itu dibuat susulan dakwaan yang dikeluarkan oleh individu terbabit sebelum ini.

Shafiq Halim, Pegawai Khas Wan Saiful pula ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menahan pegawai penyelidik kepada bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan semalam susulan dakwaan sogokan RM10 juta.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, individu itu ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini, pukul 3 petang semalam.

Beliau berkata, lelaki itu diminta hadir oleh SPRM bagi memberi keterangan berhubung dakwaan sogokan RM10 juta itu.

“Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan berkaitan projek Jana Wibawa,” katanya dalam sidang akhbar Op Tropicana di sini, hari ini.

Azam berkata, walaupun individu itu sudah membuat permohonan maaf di atas dakwaan yang dibuat namun kesalahan itu tetap serius dan perlu diambil tindakan.

Katanya, beliau secara peribadi tidak memaafkan individu berkenaan kerana telah merosakkan reputasi SPRM dan membuat satu tuduhan yang liar.

“Saya melihat permohonan maaf itu sebagai satu perkara yang sengaja dimain-mainkan. Kalau nak cakap secara jujur, mana saya nak ambil RM10 juta untuk bagi kepada Wan Saiful.

“Individu itu juga telah menimbulkan satu spekulasi yang amat tidak baik kepada SPRM dan rakaman (video dakwaan sogokan) itu tidak boleh dipadamkan. Malah ramai yang masih percaya dakwaan itu wujud,” katanya.

Sebelum ini, lelaki itu menerusi rakaman video mendakwa SPRM menawarkan wang sogokan kepada Wan Saiful untuk memastikan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dituduh menerima rasuah.

Video berdurasi 45 saat berkenaan dimuat naik dalam halaman Facebook pada Selasa lalu yang mendakwa Wan Saiful dipanggil oleh SPRM untuk menukar kenyataan.

Selasa lalu, Wan Saiful mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Terkini

Berita Berkaitan