BIAR BETUL? ‘Naga’ pernah terbang di Australia

MELBOURNE: Sekitar 105 juta tahun lalu, Australia dilaporkan pernah menerima kehadiran spesies ‘naga’ yang menakutkan terbang di ruang udara berdasarkan rekod penemuan penyelidikan baharu.

Lapor CNN, kajian itu diterbitkan dalam Journal of Vertebrate Paleontology yang mendedahkan makhluk bernama Pterosaurus terbang mengelilingi laut meliputi sebahagian kawasan pedalaman Queensland dikenali sebagai Laut Pedalaman Eromanga.

Mulut naga itu seperti lembing yang memudahkan ia mencari ikan di laut.

Penyelidik termasuk seorang pelajar doktor falsafah, Tim Richards di Makmal Dinosaur Sains Biologi, University of Queensland melakukan analisis terhadap fosil rahang dari Pterosaurus.

Haiwan reptilia itu asalnya ditemukan di sebuah kuari di barat laut Richmond, Queensland, Jun 2011 oleh seorang pencari emas dan fosil, Len Shaw.

Richards berkata, Pterosaurus adalah ‘binatang yang menyeramkan’ kerana berkemungkinan memakan dinosaur remaja.

“Pada dasarnya itu hanyalah tengkorak dengan leher panjang, melekap pada sepasang sayap panjang,” jelasnya.

Terkini

Berita Berkaitan